Monday 14 October 2013

~Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha~

,



~Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang~


Alhamdulillah, 10 Zulhijjah bakal menyusul.. Esok da boleh sembelih lembu da. Hari Raya Aidiladha sudah tiba.. Hari Raya Aidiladha ni 70 hari selepas Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal). Hari raya Aidiladha atau dipanggil jugak hari raya qurban mengingatkan kisah perjuangan nabi Ibrahim yang disuruh menyembelih anaknya nabi Ismail. Nak bca kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ni, boleh tgk kt sini.


Kalau kt Kelantan ni, Hari Raya Aidiladha sgt meriah.. Kalau balik kg kt Bachok, mmg seronok. Lpas sembahyang raya, sembelih lembu. Lpas sembelih lembu, berkumpul rmi-rmi, mkn rmi2.. Mmg merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Tp kali ni, x balik beraya kt kampung.. beraya la 3 beranak kt Kluang, Johor ni..Xpelah, raya mana-mana pun seronok, yg penting kita meriahkn suasana.. betul x??.. hehe..


Disebabkan raya, meh kita tengok panduan solat hari raya..kot ada yang dah lupa ke..


Panduan Solat Sunat Aidiladha


1) Niat

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
 

2) Rakaat pertama
          
          - Membaca Doa Iftitah

          - Kemudian bertakbir (Allahuakbar) 7x diselang seli dengan tasbih 6x:

          - Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-A'la (surah ke 87). Kalau x hafal or x ingat, 
            boleh ganti dengan surah lain. 

          - Rukuk dan sujud seperti biasa


3) Rakaat kedua

          - bertakbir (Allahuakbar) 5x diselang seli dengan tasbih 4x.

          - membaca surah Al-Fatihah dan surah Al- Ghashiyah (surah ke 88). Kalau lupa 
            ataupun tak hafal boleh guna surah lain.

          - Rukuk, sujud dan tahiyat akhir macam biasa.

          - Memberi salam.

          - Disunatkan baca doa dan takbir raya. Sekiranya solat berjemaah, khatib akan 
            membacakan 2 khutbah hari raya Aidiladha.


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.. Mohon ampun dan maaf ats segala kekhilafan.



No comments:

Post a Comment