Wednesday 27 November 2013

~ Senarai Bacaan Al-Quran Ketika Hamil~



~Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang~


Al-Quran merupakan kalam suci yang di turunkan untuk panduan umat islam.. 
Ianya merupakan salah satu daripada rukun iman.


Bnyk kelebihan-kelebihan Al-Quran ni..untuk kekuatan dalaman, untuk perubatan, terapi jiwa.. ianya adalah senjata yang paling mujarab untuk membersihkan jiwa, yg mengajar manusia tentang pengesaan kepada Allah ... pahala bagi sesiapa baca Al-Quran juga besar..

dijelaskan di dalam sebuah hadith  :



Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Betapa pemurahnya Allah nak bagi kita semua pahala kan.. jadi Al-Quran turut digalakkan di baca dan menjadi amalan buat ibu-ibu yang hamil... setiap ibu inginkan anak yang soleh, jadi, didiklah anak2 kita dari dalam rahim lagi... Doa seorang ibu..=)


Antara surah-surah amalan ketika hamil:

1 bulan : Surah Ar-Rahman (untuk perbentukan janin)
2-3 bulan : Surah Luqman (untuk perkembangan otak)
4-7 bulan : Surah Yusoff ( untuk perbentukan sifat)
8-9 bulan : Surah Maryam (untuk memudahkan bersalin)




antara surah lain yg elok untuk di amalkan:



Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)




seelokknya sepanjang tempoh kehamilan, kita baca la keseluruhan Al-Quran.. biar khatam. Mengandung 9 bulan, kalau sehari baca sedikit pun insyaallah boleh khatam.. kita juga boleh pasang bacaan Al-Quran ketika bekerja or kat umah..sebagai penenang hati untuk kita dan baby.. supaya dielakkan ganguan-ganguan syaitan... bacaan Al-Quran ini bukan untuk ibu sahaja, seelok2nya bapa turut memainkan peranan bersama.. insyaallah hubungan kekeluargaan akan lebih bertambah bahagia dan mendapat barakah dari Allah.



Rasulullah SAW bersabda,”Sinarilah rumah-rumah kamu sekalian dengan bacaan Al-Qur’an.”



Semoga kita sama-sama amalkan..insyaallah..

~Tolonggg...My Morning Sickness Getting Worse~



~Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang~


Syukur Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah… Alhamdulillah juga kerana kandungan 7 minggu sekarang. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amin.

Awal-awal hari tu alahan x teruk sangat tp skrg makin terasa alahannya.. 
morning sickness yang da x jd morning da..whole day sickness da..hihi..terbaring je sbb asyik nk muntah, pening dan kepala berdenyut2.. last jumpa Dr. aritu, Dr. ckap blood pressure pun rendah.. Dr. suh mkn kerang bnyk2.. kerang tu mmg feveret tp sejak alahan ni, tgk kerang pun da loya.. mkn?? Alhamdulillah, boleh lg nk telan..xde masalah tp lpas da mkn tu yg x tahan…dia start nk keluar balik.. cuba bertahan dan bersabar untuk lagi sebulan.. harap2 masuk trimester kedua nanti, alahan ni hilang.. insyallah..



 macam-macam rasa

sampai jd cmni
 
 nak jln pun x best...rasa nk baring je manjang...
masa baring plak gini la rupanya



tangan nak kna pgg kepala..hehehee... konon boleh hilang la segala rasa tu..

x tahan jugak, berlari la ke bilik air..tp xde la smpi tahap cmni: 

cukup le ngadap sinki je..huhu..

tp tym yg best, bila tido da lena..mmg nk dok dlm kain selimut je...


tp xkn la selama-lamanya nk tido je kan...terpaksa la gerak2 dpan tv ke apa..last2 balik muka cmni...
sabar jelah.. asal baby sehat, mama sggup la hadapi semua ni.. pls be safe in mama's tummy ye baby.. luv u..=)