Tuesday 28 January 2014

~Muffin Vanilla Strawberi with Peanut Butter~

~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~



Harini dapat message dari bff katanya klu sempat nak singgah umah malam ni..
Tp klu x sempat, ajak jumpa kt kedai je trus..
ni la kawan baik dari form 1 dulu lagi..
So dok pikir nak masak apa
Klu msk mkn mlm buatnya x dapat datang, sapa nak makan nnt..
Pikir-pikir..ermm masak muffin la cmni..
Kalau dia x dapat datang, boleh tapaukan je..
So, untuk muffin kali ni saya follow dari  Azie Kitchen..
tp sy ubah sikit ikut selera saya..

Mohon share ye..
 



Homemade Vanilla Cupcakes

Bahan bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk) 
2 1/2 sk baking powder

Cara cara:

  • Panaskan oven pada suhu 170C. 
  • Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
  • Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  • Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
  • Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
 
Ok, itu resepi asalnya..tapi saya ubah sikit..
Saya bahagikan adunan kepada dua… satu saya letak vanilla.. lagi satu saya letak strawberi emulco (dalam setengah sudu besar).
Saya masukkan adunan vanilla sikit dalam cup..kemudian masukkan peanut butter strawberry lady’s choice tu sikit sbg filling..(tp x best sgt sbb peanutnya x mencair.. lg best klu dpt buh jem strawberi yg kt Cameron tu...huhu)
 Kemudian saya tutup dengan adunan strawberi..
Saya taburkan mix fruits dan chocolate chip sikit..
ada yang saya letakkan adunan strawberi dulu then tutup ngn vanilla.. (pelbagai variasi katakan..=P)
Then baru saya bakar..
Hasilnya.. memang sedappp..lembutt..moist..
x caya?? sila try..hehe

 adunan strawberi dengan filling peanut butter..

tutup dengan adunan vanilla...tabur mix fruits & choc chip
pastu bakar ler..sy wt ni dlm 18-20 minit..
dapat la dalam 18 cups size ni..

  da siap da..boleh ngap da pun..


 sekian...=)


No comments:

Post a Comment